top of page

PROFIL

PENGURUS SYARIKAT

Cheq Lela berpengalaman lebih 14 tahun dalam bidang kemahiran terutamanya dalam Sijil Pengajar Vokasional, Pegawai Penilai Luaran, Fasilitator Written Instructional Material (WIM) dan pelbagai penglibatan dengan pihak CIAST dan JPK serta jemputan sebagai Motivator. 

Haspalela Binti Mohd Nor

(Cheq Lela)

 

Pengurus

D Lela Consultant

Beliau menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur – British Malaysian Instititute didalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi. Telah terlibat dalam dunia latihan kemahiran atau Technical and Vocational Training (TVET) hampir 14 tahun. Beliau berpengalaman mengendalikan latihan kemahiran dalam bidang Elektrik selama 8 tahun bagi melahirkan pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1-3 dalam bidang Elektrik. Selepas itu beliau banyak terlibat dengan mengajar pelajar Sijil Pengajar Vokasional (VTO) kepada bakal-bakal guru kemahiran sama ada secara sepenuh masa atau pengiktirafan berdasarkan pengalaman (PPT) hingga sekarang. Beliau juga terlibat sebagai panel pertauliahan lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi pertauliahan progam Elektrik di pusat latihan kemahiran yang berdaftar di bawah JPK. Disamping itu, beliau banyak terlibat dengan bengkel Pembangunan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dan Soalan Latihan Kemahiran di Pusat Latihan berdaftar di bawah JPK. Beliau juga berpengalaman mengendalikan program-program pembangunan sahsiah diri diperingkat sekolah, IPTA/IPTS dan korporat di sekitar Malaysia.

​

​

​

PENGIKTIRAFAN PAKAR OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

 

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) VTO

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Elektrik

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – SLDN - Elektrik

Pegawai Penilai - PPT - VTO Elektrik

Pegawai Penilai - PPT - Elektrik

Fasilitator WIM - Written Instructional Material

© Reka Bentuk dan Kandungan Terpelihara oleh D Lela Consultant (2019)

  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Instagram Social Icon
bottom of page